Kelas E-Learning: Kata Kerja (BM)

8 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2024, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas E-Learning – Kata Kerja (BM) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Kelas ini dijalankan dengan membuat ulang kaji matapelajaran Bahasa Melayu dalam topik Kata Kerja. Pada awal kelas, para peserta diterangkan dengan definisi, jenis-jenis kata kerja dan contoh-contoh ayat yang menggunakan kata kerja. Pada akhir sesi kelas, semua para peserta diminta untuk mengikuti kuiz dengan menggunakan Kahoot.
Diharapkan dengan kelas seperti ini dapat memupuk minat anak muda dalam belajar akademik. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti dan anak anak muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali